Adakah ini Darbuka yang anda cari?

Daripada pengalaman kami,  di Malaysia darbuka yang paling dikenali oleh umumnya ialah darbuka plain jenama Alexandria (boleh lihat tertulis di kulitnya).

Darbuka Alexandria ini selalunya bersaiz 11′ ( 8). Dan mempunyai 3 warna, samada warna perak, merah gelap atau kuning keemasan yang gelap.

Pelbagai saiz yang lebih kecil ada sebenarya, tapi saiz yang menjadi kebiasaan adalah saiz 11′.

Dari mana asalnya buatan darbuka Alexandria ini?

Darbuka model ini adalah buatan dari negara Mesir atau Syria. Cuma semenjak 3 – 4 Tahun kebelakangan ini, hanya darbuka buatan Mesir mudah didapati. Kerana pergolakan yang berlaku di Syria.

Ada ke darbuka jenis plain jenama Alexandria dari Turki ?

Jawapannya tidak ada. Sekiranya kalau ada pun yang pernah beli atau lihat di Turki. Sebenarnya darbuka itu adalah buatan dari Syria. Kerana Syria dan Turki adalah negara berjiran. Kilang di Syria mengeksport darbuka Alexandria ke Turki.

Untuk Darbuka Plain Alexandria ini sebenarnya ia berada dalam kategori darbuka “ekonomi” ( Darbuka Murah). Yang mana ia jenama kebanyakan yang mudah didapati dan dimiliki.

Anda boleh dapatkan lebih banyak darbuka plain jenis lain yang lebih ekslusif dan kemas buatan. Kerana itu kami di Darbuka Malaysia menjual darbuka plain JENAMA lain sebagai pilihan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *